وعن أَبي هريرة رضي اللَّه عنه قال : قال رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : «كَافِل الْيتيمِ لَهُ أَوْ لِغَيرِهِ . أَنَا وهُوَ كهَاتَيْنِ في الجَنَّةِ » وَأَشَارَ الرَّاوي وهُو مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ بِالسَّبَّابةِ والْوُسْطى . رواه مسلم .
Dari Abu Hurairah ra. Ia berkata : Rasulullah SAW Bersabda : “Orang yang menanggung anak yatim baik anak yatim itu ada hubungan famili ataupun tidak, maka saya dan orang yang menanggungnya seperti dua jari ini, di dalam surga.” Malik bin Anas perawi hadis itu mengatakan, beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dari jari tengah. (H.R Muslim)
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sabtu, 17 Juli 2010

Menyantuni Anak-anak yatim

ALHAMDULILLAH, ahad lepas saya diberi keizinan oleh ALLAH SWT, untuk bersama-sama adik-adik anak-anak yatim dari Asrama Anak-Anak Yatim Ma’had Dar’us-Salam Tambun. Buat masa ini anak-anak yatim yang berjumlah 25 orang ini merangkumi 10 orang lelaki dan 15 orang perempuan di mana 12 orang daripada mereka adalah berasal dari Perak Darul Ridzuan sementara 13 orang lagi berasal dari Kedah.


Saya diamanahkan oleh Al Fadhil Ustaz Shuid Din (Ketua Dewan Ulama’ PAS Perak), untuk sama-sama membantu beliau dalam menabur bakti kepada anak-anak yatim tersebut. Alhamdulillah banyak pengalaman yang diperolehi, baru-baru ini saya sempat membawa adik-adik dari Ma’had ini untuk menghadiri majlis jamuan buah-buahan tempatan, seronok melihat adik-adik ini diraikan oleh pelbagai pihak, InsyAllah selepas banyak lagi program susulan yang akan disusun kepada adik-adik tersebut. Semalam saya juga ada mendapat jemputan untuk menghidupkan ruh tarbiyah di sebuah Ma’had jagaan anak-anak yatim lain, Alhamdulillah moga dipermudahkan Allah SWT, untuk terus istiqamah membantu anak-anak yatim.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:”Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” Riwayat Ibnu Majah

Disini dikongsi sedikit ilmu berkenaan kelebihan menyantuni anak-anak yatim:-

Huraian

i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.

ii) Rasulullah SAW juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.

iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 – 11 surah ad-Duha yang bermaksud :

“Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya.”

iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah SAW yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma’un yang bermaksud : “Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar