وعن أَبي هريرة رضي اللَّه عنه قال : قال رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : «كَافِل الْيتيمِ لَهُ أَوْ لِغَيرِهِ . أَنَا وهُوَ كهَاتَيْنِ في الجَنَّةِ » وَأَشَارَ الرَّاوي وهُو مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ بِالسَّبَّابةِ والْوُسْطى . رواه مسلم .
Dari Abu Hurairah ra. Ia berkata : Rasulullah SAW Bersabda : “Orang yang menanggung anak yatim baik anak yatim itu ada hubungan famili ataupun tidak, maka saya dan orang yang menanggungnya seperti dua jari ini, di dalam surga.” Malik bin Anas perawi hadis itu mengatakan, beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dari jari tengah. (H.R Muslim)
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sabtu, 17 Juli 2010

Anak Yatim, Poligami & Perihal Pusaka - Satu Lagi Bukti Keagungan Al-Quran (Artikel Mesti Baca)

Assalamualaikum.Sila baca sehingga habis untuk memahami artikel




Surah An-Nisaa' 1-19 (Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).

Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.


[Tafsir Surah An-Nisaa' Ayat 1-14]

Seperti yang anda dapat lihat,di atas merupakan tafsir Al-Quran bagi Surah An-Nisaa' (Perempuan-Perempuan).

Saya baru sahaja membaca tafsir ini sebentar tadi.

Di dalam ayat di atas diceritakan dengan begitu mendalam dan terperinci perihal harta pusaka dan betapa perbuatan memakan harta anak yatim itu tidak diredhai Allah.Terdapat juga isu perkahwinan yang diceritakan secara ringkas.

Anda boleh baca ayat-ayat lain di dalam Surah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tetapi,sebelum itu,ingin saya tarik perhatian anda dengan mengupas beberapa perkara tentang ayat di atas.

Anak Yatim, Poligami & Perihal Pusaka

Kita dapat lihat di sini telah disebutkan sendiri bagaimana hendak menguruskan harta pusaka dalam kalangan keluarga atau anak yatim.Dan sistem yang begitu detail dan mudah difahami ini telah diturunkan oleh Pencipta kita sendiri,iaitu Allah SWT.

Tetapi,apabila melihat kembali drama-drama "Melayu" yang sering memaparkan masalah harta pusaka sehingga berbunuh-bunuhan berpecah-belah,tentu timbul beberapa persoalan di dada kita.

Dan persoalan itu membawa kita kepada beberapa kesimpulan.

1) Salah satu faktor kita pada hari ini lemah dalam segala aspek adalah kerana tidak menghayati Al-Quran.

Ya.Memang benar.Al-Quran itu terkandung di dalamnya mutiara yang boleh membimbing kita kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.Tetapi,apakah yang kita ada dalam kehidupan seharian kita untuk dibuktikan bahawa kita mengikut ajaran Islam?

Dalam ayat mudahnya,bagaimana hendak kita meyakinkan rakan kita yang bukan beragama Islam yang Islam itu adalah cara hidup sebenar yang meliputi segala aspek,jika masalah harta pusaka keluarga kita sendiri pun sudah terbengkalai tanpa penyelesaian lebih 50 tahun?

Ya.Cuba hayati.Kita hendak berdakwah membanteras maksiat,tetapi generasi kita masih terlibat dalam maksiat.

Ini semua berpunca kerana kita sendiri tidak menghayati Al-Quran.Kita tidak tahu apakah yang terkandung di dalam Al-Quran itu.

Merujuk masalah harta pusaka,kita sebagai umat Islam sendiri bagaikan tercari-cari kunci penyelesaian masalah itu,tanpa mengetahui bahawa kuncinya selama ini tersimpan elok di dalam Al-Quran di rumah kita.

Oh,alangkah malangnya kita.Diberikan petunjuk,tetapi tidak diketahui.

Sebenarnya banyak lagi permasalahan dalam masyarakat Islam yang terkandung ubatnya di dalam Al-Quran,tetapi bagaimana hendak kita ketahui jika kita tidak pernah membaca tafsir Al-Quran.Faham bukan?

2) Cuba lihat ayat yang saya boldkan di atas,

"berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja"

Ini bermakna,jika seorang lelaki itu matang,waras,dan berpengetahuan agama serta beriman,tiadalah masalah poligami berlaku.Atau pelbagai lagi masalah yang dapat kita lihat dalam drama "Melayu" di televisyen.

"Hey,producer drama "Melayu",tolong jangan bawa imej buruk pada Islamlah".

Mereka membuat drama-drama memaparkan seorang lelaki yang kononnya tidak tenang apabila berkahwin lebih dari satu,terpaksa menipu,terpaksa meminta tandatangan palsu dari isteri pertama dan pelbagai lagi permasalahan "pandai" yang lain.

Cuba anda fikir,jika orang bukan Islam menonton cerita seperti itu,apa yang beliau akan fikir?Beliau akan katakan Islam itu tidak adil.

Padahal,realitinya lelaki itulah yang dayus.Sudah terang lagi bersuluh,Allah melarang kita berkahwin lebih dari satu,jika tidak mampu.Dan,jika kita ingin berkahwin lebih dari satu,bukan berdasarkan nafsu semata.

Logik dibenarkan kahwin lebih satu (jika anda ada ilmu),adalah kerana populasi umat manusia ini tidak seimbang (bilangan lelaki dan wanita).Dan mungkin juga kerana isu lain seperti wanita yang kematian suami dan sebagainya.

Ini tidak,berkahwin banyak kononnya mengikut Sunnah Nabi SAW.Apekehelnye-ni-bang?Jangan nampak sangat kita tiada ilmu.

Dan untuk pengetahuan anda juga,hanya Islam sahaja yang menyatakan ayat di atas.Ya.Ayat yang menyatakan jika anda tidak mampu,berkahwinlah satu sahaja.Hanya Islam sahaja yang menyuruh kita berkahwin satu jika tidak mampu.

Saya mendapat tahu tentang fakta ini selepas mendengar ceramah Dr. Zakir Naik mengenai isu poligami.Terdiam habis wanita yang mengatakan Islam tidak adil itu.

Ingat.Setiap perkara yang Allah perintahkan kita,ada hikmahnya.Dia yang menciptakan kita dan seluruh alam,tentulah Dia yang mengetahui segala yang terbaik untuk kita.

Dia juga mengetahui kelemahan kita.Tetapi,akibat kita berlagak pandai,tidak mengikut cara yang diperintahkan-Nya,masalah-masalah yang "pandai" pun muncul.

Itulah resmi manusia.Makin pandai,makin perlu diingatkan.Makin ada ilmu,makin riak dirinya.Makin dirasakan itu dan ini tidak betul.

Itulah sebab di dalam Al-Quran sering dinyatakan ayat yang bermaksud lebih kurang begini "dan sesungguhnya setiap perkara ini ada tanda untuk difikirkan oleh orang yang berilmu/berfikir".(Perenggan ini saya quote dari buku The Choice tulisan Allahyarham Ahmed Deedat)

Baiklah.Itulah antara perkara yang ingin saya sampaikan kepada anda.

Sekarang,mari kita bincangkan point seterusnya.

Kita umat Islam mengetahui bahawa di dalam Al-Quran itu terdapat pelbagai tanda mukjizat.Malah,di dalam setiap ayat Al-Quran itu ada mukjizat dan tanda kebesaran Allah.

Di dalam ayat di atas juga ada tanda.Apakah ia?

Mari saya kongsikan tanda yang saya nampak (anda boleh tambah jika ada tanda lain).

1) Nabi Muhammad SAW seperti yang kita tahu adalah seorang yang ummi dan tidak mendapat pendidikan formal sepanjang hidupnya.

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. [53:4]

Ya.Segala yang disampaikan oleh Rasulullah adalah wahyu dari Allah.

Jika anda masih ragu-ragu dan bersikap skeptikal,cuba bayangkan secara logik.

Apakah logik bagi seorang yang tidak pernah mendapat pendidikan formal,di tengah padang pasir Arab,di zaman di mana masyarakat Arab sedang berada dalam keadaan Jahiliah,untuk menulis/memikirkan perihal pusaka seperti di atas?

Jadi,siapakah yang memberitahu perkara ini kepada Baginda SAW?Tentulah Allah SWT melalui pengantaraan Malaikat Jibril!

Dan,hikmah Rasulullah itu adalah seorang ummi adalah untuk menepis dakwaan oleh orang kafir bahawa Rasulullah menulis Al-Quran itu sendiri.Bagaimana hendak menulis jika beliau tidak reti membaca?

Di sini,satu lagi tanda keajaiban Al-Quran dapat kita lihat.

Banyak lagi sebenarnya,tetapi saya tidak dapat menghuraikan semuanya.Saya baca tanda-tanda ini di dalam buku The Choice yang saya nyatakan di atas tadi.

Itu sahaja untuk kali ini.

Kesimpulan yang saya ada dari artikel ini untuk anda semua dan diri saya adalah kita sebagai umat Islam harus membaca dan memahami Al-Quran itu.Kerana dari situ ada pelbagai ilmu dan panduan.

Jangan dilebih-lebihkan sangat buku ciptaan manusia yang lain.Jangan berbangga anda sudah membaca buku dari satu dunia,jika kitab yang mengandungi Firman dari Allah SWT,Tuhan kita sendiri kita pun anda tidak pernah baca dan fahami.

Sekian.Sila betulkan jika terdapat sebarang kesilapan dalam artikel ini.Maklumlah,saya hanya manusia biasa yang berkongsi ilmu.

Assalamualaikum .......



Tidak ada komentar:

Posting Komentar